Search Bar

Saturday, November 26, 2016

Review | St Ives Blemish Control Apricot Scrub.

Assalamualaikum dan hi!

Pada post kali ini, aku nak buat review dan berkongsi pengalaman mengunakan produk dari St Ives, iaitu Blemish Control Apricot Scrub.

Kulit kusam dan mempunyai blackhead merupakan salah satu masalah yang sering melanda kita. Salah satu cara untuk mengatasi masalah tersebut ialah dengan mengunakan scrub untuk membuang sel kulit mati di wajah.


Product ni merupakan scrub favourite aku sebab selepas guna korang akan rasa kulit korang lembut sangat. Produk ni adalah skincare dari USA yang mengunakan ekstratk buah apricot dan bebas dari Paraben. So memang sesuai la untuk kulit sensitif dan mengandungi 2% Sallcylic Acid untuk mengecutkan jerawat.

Tetapi ingat, jangan gunakan scrub ni tiap hari. Gunakan dua atau tiga kali seminggu. Kalau berlaku kerengsaan kulit, sila stop pengunaan kerana mungkin korang mempunyai alahan terhadap Apricot



Harga: Lebih kurang dalam RM 15 *beli kat Guardian time promosi*
Berat: 170gm
Kat mana nak beli: Guardian, Watson dan lain-lain hypermarket seperti Tesco, Giant, Aeon
Kegunaan: Scrub, merawat jerawat.

Pro
  • Mengawal blackhead dan jerawat
  • Mengawal minyak di wajah
  • Harga berpatutan dan tahan lama. Aku guna 3 kali seminggu. Sekarang dah 4 bulan guna belum abis lagi
  • Lepas guna muka akan rasa bersih
  • Bau wangi dan fresh
  • kandungan yang digunakan adalah dari bahan yang natural.

Contra
  • Bagi sesetengah orang, maybe akan tak suka dengan tekstur beads dia yang agak besar. 
  • Tak sesuai bagi orang yang mempunyai kulit yang terlampau kering. 

Rating:
Aku bagi St Ives Blemish Control Apricot Scrub.9/10. 

Bagi yang nak cuba produk ni, Boleh beli dalam tube kecik dulu. Mana tau sesuai dengan kulit uolls.